Monday 30 September 2013

HaT!...

hhmmmm...sebut je pasal hati macam2 duk bermain dalam kepala aku ni. hati kita dah lalui macam2 dugaan sekejap sedih, sekejap gembira, sekejap menangis pastu gembira balik. luka parah pastu sembuh balik... benda ni dah memang lumrah dalam hidup kitadan hati kita memang kena terima permainan kita. seksa tak seksa, bahagia tak bahagia kena terima seadanya.

hati kita ni...bila happy, bila bahagia je mesti buat kita senyum sampai ke telinga. kita akan kongsikan kebahagiaan kita dengan orang-orang sekeliling yang kita rasa memberi makna dalam hidup kita. tapi adakalanya ada tabiat kita yang buat orang 'touching' walaupun kita sedang bergembira. bukan bermaksud mereka tak tumpang gembira dengan kegembiraan kita tapi kita yang terlupa untuk menghargai dan mengingati mereka bila kita bahagia. sape tak sentap dooo...maunya sentap ke lubuk jantung. ( mungkin aku pun ada jugak tabiat macam ni cuma sama ada aku perasan atau tak perasan je la ).

hati kita ni...bila sedih, bila ada masalah je mesti buat bibir kita ni muncung sampai boleh ikat dengan getah rambut (melampau sangat perumpamaan pon). orang sekeliling pun kita tak hirau dah...orang senyum sampai nak terkoyak bibir pun kita buat derkkk je dgn mulut muncung. kadang2 bila sedih kita akan bawa perasaan tu sehingga mengganggu emosi orang lain. sehingga buat orang lain rasa macam dia pulak yang buat salah sampai kita masam mencuka. sat g dia org kalut dk fikir 'aku ada buat salah ape kt dia?', 'knp dia msm dgn aku?"...haaa...sudahhh. tak pasal2 kwn tu duk stress pkir benda yang xde kaitan dgn dia. aku tak kata aku sempurna sebab aku pun memang akan ada buat perangai buruk macam ni.bila hati dah stabil balik baru perasan kita buat perangai cam ni. pastu mula la duk rasa bersalah.

bila kita gembira kita akan ingat orang yang kita sayang
bila kita sedih pun kita akan ingat orang yang kita sayang
tapi tak bermakna mereka juga sayang kita seperti kita sayang mereka
mungkin ada mereka, mereka dan mereka yang kita rasa sayang kita like2 je
sebenarnya sayang kita lebih dari yang kita jangka.
bila gembira jangan sesekali lupa mereka yang pernah sedih bersama kita walaupun pada dasarnya mereka tak tahu bahawa kita sedang bersedih. namun, mata takkan mampu menipu bila bibir tak lagi mampu bersuara dan tersenyum seperti selalu.

Thursday 5 September 2013

Rahsia Allah

banyak perkara dalam dunia ni yang kita tak tahu
banyak perkara dalam hidup ni yang kita keliru
kerana itu semua adalah RAHSIA ALLAH.
kita hanya mampu untuk merancang tapi Allah yang akan menentukan
kerana itu semua adalah RAHSIA ALLAH
seteguh manapun kamu berdiri
sekuat manapun kamu berlari
kamu takkan mampu meneka apa yang akan terjadi
kerana itu semua adalah RAHSIA ALLAH
begitu juga JODOH...
segigih manapun kamu mencari jika Allah tak izinkan kamu takkan temui
sebahagia manapun kamu bercinta jika Allah tak izinkan dia takkan jadi milik kamu
yang sering bertanya "kamu bila lagi?", "takkan tak ada calon lagi?". "mesti memilih sangat ni?".
wahai kalian yang mahukan jawapan, seribu jawapan mungkin mampu diberikan.
1) "kamu bila lagi?"
      lambat lagi. masih muda, belajar pun tak habis lagi.(bagi yang masih belajar bagi alasan masih belajar)
2) "takkan tak ada calon lagi?"
      betul, memang tak ada. sape la yang nak.
3) "mesti kamu memilih sangat ni?"
     bkn saya yang memilih tapi orang lain yang memilih untuk pilih orang lain.
itu semua jawapan untuk menyedapkan hati mereka yang mengajukan soalan tapi rumit bagi dia yang perlu menjawab persoalan.
 jawapan untuk soalan 1 : soal jodoh dan nikah kahwin bukan senang, bukan macam beli air tepi jalan untuk hilang dahaga. bila air habis plastik buang. nak kahwin kena bersedia, lelaki kena ada kewangan yang kukuh, kena bertanggungjawab. begitu juga perempuan, kena ada tanggungjawab, pandai urus rumah tangga. kalau tidak nanti rumah tanggah huru hara. cantik dan kacak sahaja takkan membahagiakan rumahtangga walaupun bahagia masa bercinta.
jawapan untuk soalan 2 : bukan senang nak cari calon, bukan macam cari baju kat shopping complex, boleh pilih-pilih. kalu tak berkenan pergi tempat lain. bukan semua orang boleh terima kita, begitu juga kita. calon memang ramai tapi tak semua calon tu baik.
jawapan untuk soalan 3 : tak salah memilih untuk mencari pasangan hidup asalkan tidak melampaui batas. takkan kita pilih orang yang tak ada kerja untuk sara hidup kita. lelaki yang baik takkan mengabaikan nafkah untuk isteri dan anak-anaknya. kalau tak bekerja macam mana nak sara keluarga. memang isteri patut tolong suami tapi tanggungjawab yang sepatutnya adalah suami. keluarga juga akan memilih untuk menentukan jodoh anak-anak mereka sama seperti pengaju soalan. tak salah memilih untuk hidup selesa tapi jangan memilih kerana mahu hidup mewah. soalan ini takkan pernah habis selagi kita tak bertemu jodoh dan berkahwin. tapi ingatlah bahawa jodoh itu juga RAHSIA ALLAH yang kita tak tahu dimana, bila dan mengapa.