Saturday 23 March 2013

bicara buat cikgu


cikgu
kau bukan lagi sebatang lilin
yang menerangi kegelapan
sehingga membakar diri sendiri
kau adalah embun pagi
embun yang sentiasa hadir disaat hilangnya mentari
embun yang hadir disaat malam mula memunculkan diri
embun yang terus setia menemani bulan hingga ke pagi
dan kau beransur pergi disaat mentari kembali
terima kasih cikgu
kerana sentiasa bersama aku disaat aku mula buntu
kerana sentiasa membimbing aku disaat aku mula jemu
kerana sentiasa membawa aku ke ladang-ladang ilmu
yang tak pernah aku ketemu
terima kasih cikgu
kerana kau masih setia menanti
kerana kau masih mahu memberi
kerana kau masih teguh berdiri
disisi muridmu untuk menabur bakti
benar kata usman awang
“guru...kaulah pemberi paling setia”
Kerana kau tak pernah jemu dalam memberi ilmu
Kerana kau tak pernah jemu mendidik muridmu
Kerana kau tetap disitu demi amanah yang satu
Terima kasih cikgu
Tanpamu siapalah aku
Aku terpaksa berpaling pergi meninggalkanmu
Demi mencari selautan ilmu di bumi Allah yang satu
Tapi percayalah
Budi dan jasamu masih tersimpan kemas dihati
Bagiku...kau bukan lilin yang membakar diri sendiri
Tetapi embun pagi yang sentiasa setia menemani
Dan menyenangkan hati
Terima kasih cikgu!!!

Friday 22 March 2013

kenangan

hampir dua bulan aku menghilangkan diri dari alam "blog" nihh...
akhirnya aku kembali untuk mencelotehkan diri aku kat sini. 
mesti korang tertunggu-tunggu blog aku kan???
 hahaha...ceeewahhh (bajet hotttt tak aku???) 
hari ni aku nak cerita pasal kenangan. 
sape yang tak ada kenangan dalam hidup nihhh habaq mai kat ceq. 
klu orang tu cakap dia tak ada kenangan dalam hidup bermakna orang tu menipu. 
hang nak tau dak pasai apa? pasai mana ada orang dalam dunia ni yang tak ada kenangan. 
pahit ke manis ke tu semua kenangan. 
kenangan tu lebih kurang pengalaman la sebab kalau xdak pengalaman macam mana nak ada kenangan.
betul tak???
 kalau kenangan pahit semestinya kita tak nak ingat dah kan? 
tapi sebenarnya setiap kali ko cakap nak lupa sebenarnya ko masih ingat lagi.. 
contoh yang paling dekat adalah FRUST BERCINTA...
kenangan pahit tu merupakan satu pengalaman dan pengajaran sebab kalau kita tak ada pengalaman pahit kita tak kan dapat rasa indahnya hidup ini.
 pasal ape plk??? mesti ko akan tanya cam tu kan? aku tau dah...
sebabnya kenangan pahit tu la yang ajar kita erti hidup. 
kita belajar memperbaiki diri dari kenangan pahit tu. ada hikmahnya jugak bila kita ada kenangan pahit sebab kita akan lebih berhati-hati dalam menjalani hidup, kita tahu permainan dalam hidup ini...
dannnnnn.........
kenangan manis merupakan kenangan yang akan ko kenang sampai bila-bila. (sudah semestinya bukan). 
apa kenangan terindah yang ko pernah rasa? 
ada ramai kawan baik? 
ada ramai orang sayang? 
jumpa perdana menteri?
 tolong orang buta tepi jalan...(ko jangan memandai nak gelak pulak)..
tolong orang buta tepi jalan pun boleh jadi kenangan manis tau sebab dapat pahala. 
setiap perjalanan hidup kita ni dipenuhi dengan kenangan
 dan semestinya kenangan manis yang menjadi keutamaan dan kenangan pahit cuba dielakkan. 
namun, dalam setiap kenangan itu ada pengajaran yang kita sendiri tak tahu dan tak nampak.
 kenangan dan pengalaman merupakan guru yang paling berharga kerana kita tahu dalam setiap langkah dan perjalanan hidup kita
kita yang akan tentukan halatuju hidup kita. 
so, bersyukurlah kerana kita masih berkesempatan untuk membina kenangan dalam setiap detik waktu yang berlalu. dan aku juga bersyukur kerana dapat mencipta kenangan demi kenangan untuk hari-hari mendatang agar aku terus hidup dalam kenangan yang membahagiakan.