Friday 14 December 2012

jangan pernah salah erti

salah erti???
salah faham???
salah tafsiran???
mungkin ketiga-tiganya sesuai
siapa yang tak pernah salah erti???
semestinya pernah...(jangan nak tipu)
kenapa aku cakap macam tu?
sebab...hidup kita, minda kita sering membuat persepsi
berdasarkan apa yang kita tengok
apa yang kita dengar
dan apa yang kita baca
apa perasaan anda apabila kebaikan anda disalahertikan?
mesti sedih kan...
aku mengaku...
aku pun pernah macam tu
tengok someone dan terus buat persepsi yang bukan2
lumrah manusia
tapi...bila orang yang rapat dengan kita buat persepsi yang bukan2 tentang kita
macam mana agaknya perasaan kita eh?
pernah dituduh menjadi perampas?...(mintak jauh lerrr)
pernah dikata cemburu?..(mungkin...cuma kita jer tak tau orang kata kat kita)
pernah dikata suka kat pakwe kwn sendiri? (ermmm...mungkin pernah...cuma buat2 tak tahu jerrr)
salah erti ni takkan pernah selesai
apa yang kita buat
apa yang kita cakap
apa yang kita lihat
boleh buat orang salah erti pada kita
tapi ada satu benda yang aku nak cakap pada kalia
jangan pernah (selalu) salah erti kebaikan orang
boleh nk ragu2...tapi jgn selalu sangat
mungkin dia ikhlas...cuma kita je tak tau
baik tak semestinya suka org tu...
baik tak semestinya ada perasaan pd org tu...
sebab kita akan tahu betapa sedihnya hati
bila orang yang kita rapat salah erti kebaikan yang kita buat

aku bukan insan sempurna

jika kesempurnaan yang kalian cari
aku bukan orangnya
aku manusia yang penuh salah dan silap
kerana aku bukan insan sempurna
bukan aku tak berusaha untuk menjadi
insan yang sempurna
tapi setiap orang punya cara yang berbeza
dan adakalanya
kita gagal dalam usaha menjadi insan yang sempurna
di mata semua...
tak semua yang kita lakukan
bisa membahagiakan semua
memang...
ketidaksempurnaan itu bisa membuatkan orang
memandang kita dengan beribu tafsiran dimata
berjuta persepsi yang bisa mengguris jiwa
namun...kalian seharusnya tahu
bahawa aku bukan insan sempurna
aku juga ingin menjadi seperti kalian
tapi...jika itu yang berlaku
aku bukan lagi menjadi diriku
aku akan menjadi klon kalian
aku tahu...
ada sesuatu yang aku lakukan telah membuatkan kalian
terluka, terkedu, terguris
aku mohon sejuta kemaafan 
mungkin aku lakukan
tanpa aku sedar...
aku bukan insan sempurna
dan tak mampu untuk menjadi sempurna di mata kalian

Thursday 13 December 2012

merungut...!!!

hai...entry aku pon dah semacam gayanya.
MERUNGUT...!!!
sape yang tak pernah merungut hidup ni???
habaq mai kat cek...
konpem semua pernah merungut
tak kira la bisu ke tak bisu ke
bila ada ketidakpuasan hati
maka berlakulah aktiviti MERUNGUT nihhh
(ada ke orang merungut tak pasal2?)
aku pun selalu jgk merungut...
sape suka merungut angkat tangan???
maunye korang nak angkat kn.
dalam setahun lebih ni aku banyak merungut
kepada insan yang terpilih ni
aku tau orang lain pun mesti ada merungut pasal aku
aku tau...tapi aku buat tak tau je
sebab aku tau
aku tak sempurna cam depa
opppsss...stop.
ok...kita kembali kepada insan terpilih nihhh
aku bukan benci dia
tapi...banyak benda yang aku susah nak ungkap dengan kata2
(walaupon aku taip je)
kalau korang nak tau kena rasa sendiri pengalaman tuhhh
baru rasa nikmatnya hidup bersama insan terpilih cam ni.
memang aku bersabar...sangat2 bersabar
kalau tak sabar takkan aku blh hidup dgn dia bertahun lamanya
tapi sabar pon ada hadnya
bila dah lampu isyarat merah pon nak main langgar
maunya aku tak berapi???
aku harap Allah kuatkan hati aku, kuatkan Iman aku
biar aku lalui perjalanan hidup bersama dia dengan tenangnya
cukuplah untuk kali ni...(walaupon dah berkali-kali)
aku tak benci dia
aku cuma tak suka cara dia
dia tak salah tapi
mungkin cara dia tak sesuai untuk orang macam aku...
(walaupon orang lain rasa benda yang sama)
lastly...aku bukan insan sempurna

Thursday 6 December 2012

semantik cinta

hallooo...
hari ni kita belajar tentang semantik (makna)
tapi semantik bukan sebarangan semantik
semantik tentang cinta
semantik leksikal yang bisa membawa sejuta makna
yang tak kita jangka
dalam semantik leksikal adanya
sinonimi
antonimi
hiponimi
meronimi
polisemi
apa akan terjadi jika kita kaitkan
semantik tersebut didalam istilah cinta???
sinonimi...makna sama
apa akan jadi jika dia yang kita cinta
tidak pernah serius dalam cinta
dan menganggap semuanya biasa-biasa saja
dan dia katakan cinta kepada semua insan yang dia jumpa
antonimi...suatu yang berlawanan
apa akan jadi jika dia yang kita anggap baik
tak mampu menjaga kita
menjadi orang yang tak pernah kita jangka?
hiponimi...mempunyai hierarki (himpun)
apa akan jadi jika dia mempunyai insan lain
selain kita yang sedia ada disisinya?
meronimi...sub bahagian wajib
apa akan jadi jika kita tidak boleh hidup tanpa dia
tapi dia masih boleh hidup tanpa kita?
dia sebahagian daripada kita tapi kita bukan sebahagian daripada dia
polisemi...sebutan yang sama tapi makna berbeza
apa akan jadi bila dia mengungkapkan kata sayang
tetapi sayangnya bukan kerana cinta
tapi nilai rasa yang berbeza...
percayalah...dalam setiap kisah cinta yang kita lalui
boleh kita kaitkan dengan semantik leksikal
bagi yang mengerti tak sukar untuk memahami...
walaupun aku sendiri masih tercari-cari makna disebalik makna
yang kadangkala sukar untuk kita ungkap dengan kata-kata

Sunday 2 December 2012

hati

adakalanya kita penat
penat dalam menanti
sesuatu yang kita sendiri tidak pasti
adakalanya hati memberontak untuk pergi
namun kaki masih teguh berdiri
adakalanya hati masih ingin memberikan ruang dan peluang
kepada dia yang dinanti
walaupun adakalanya hati sendiri tidak pasti
tentang realiti yang harus dihadapi
menanti memang sesuatu yang memenatkan
kerana penantian itu merupakan satu penyeksaan
dan...
ia lebih menyeksakan bila kita menanti
pada yang tak sudi
dan hati masih berdegil untuk terus menanti
dan menanti...
walaupun berkali-kali dilukai
perlukah kita terus-terusan menanti
walaupun pada hakikatnya
dia bukan milik kita
dan takkan jadi milik kita?
yang ada hanya sejuta harapan palsu yang kita ciptakan
agar hati kita mampu bahagia seperti yang kita impikan...