Monday 26 March 2012

bila hati ingin berbicara

mungkin aku bukan kawan yang terbaik
tapi aku cuba untuk jadi kawan baik
aku mahukan kehadiran aku disenangi bukan dibenci
aku juga tidak cukup sempurna untuk semua
tapi aku cuba untuk memperbaiki ketidaksempurnaan aku
aku mahukan ketidaksempurnaan aku diterima bukan dicerca
aku bukan yang terbaik dan tidak cukup sempurna kerana aku bukan siapa-siapa
tak perlu menghargai jika dulu pernah membenci
tak perlu mencari jika dulu tak pernah mengingini
tak perlu kembali jika dulu pernah menolak pergi
menyayangi bila dibenci
mencari bila tak diingini
kembali bila tak sudi...
setiap orang punya harga diri...cukuplah sekali hati dilukai...

kita tidak tahu percakapan kita adakalanya membuat kawan kita terguris
kita tidak tahu percakapan kita adakalanya membuat kawan kita marah
kita tidak tahu percakapan kita adakalanya sedikit kasar utk seorang kwn
kita tidak tahu percakapan kita adakalanya membuat kawan memendam perasaan
perasankah kita bila kita melakukan kesilapan??? silapkah kita dalam menilai erti persahabatan??? tak semua apa yg kita tutur mampu ditelan seorang kawan @ sahabat krn mereka juga manusia yg punya hati n jiwa...

sanggupkah kita menunggu dan mengharap pada sesuatu yang belum tentu jadi milik kita...dan kita yakin ia tak kan mungkin jd milik kita???
manisnya tak seindah yg kita impikan...

bayanganmu dah lama pergi...
tak perlu diungkit dan diimbas kembali...
kerana bayanganmu umpama mimpi ngeri yang pernah aku hadapi...

bila terluka buat kali pertama
kita masih mampu utk tersenyum walaupun kecewa
kerana kita tahu manusia tak semuanya sempurna
namun bila kali kedua kita terluka kerana org dan sebab yg sama
mampukah kita untuk kembali tersenyum seperti yang pertama kalinya???
pahitnya menerima kali kedua hanya kita yang rasa...

senyum tak bermakna kita gembira
senyum tak bermakna kita tak terluka
senyum tak bermakna tiada duka yang mengiringi bahagia
kerana adakalanya kita menyembunyikan kelukaan
disebalik sebuah senyuman

Tuesday 6 March 2012

kenangan terindah

MUNCOI PON PON...THE BEST FOREVER




 "sweet memories..."
BOTANI PARK...D'SUKRES CORNER
"SWEET MEMORIES WITH MY COLLEAGUES"
TIME REUNION DENGAN KAWAN2 FORM 6...


cinta

alangkah indahnya bila bercinta
disaat kita mula mendambakan bahagia
keindahannya memberikan kita sejuta rasa
yang hanya mampu dirasa oleh kita dan dia
berkongsi kasih dan sayang bersama dia yang tercinta
memori indah yang tercipta
tersemat indah di jiwa
manisnya cinta bila gembira
indahnya cinta bila bahagia
CINTA UMPAMA COKLAT...MAMPU CAIR JIKA TERLEKA
telusnya cinta bila tiada dusta
tiada istilah duka bila dilamun cinta

namun...
bila sekali cinta mula berdusta
tak siapa mampu menjangka
akibat yang bakal menjelma
tiada lagi manis bila gembira
tiada lagi indah bila bahagia
cinta mula bertukar duka
sayang mula bertukar derita

cinta...
ada indah ada bahagia
ada duka ada derita
kerana cinta itu sememangnya
ketawa dan airmata
tiada cinta yang mampu hadir tanpa airmata
airmata menjadi saksi cinta yang terbina
sama ada utuh atau sebaliknya
semuanya adalah kerana CINTA

Saturday 3 March 2012

JANGAN PERNAH TAKUT UNTUK MENCUBA

JANGAN PERNAH TAKUT UNTUK MENCUBA
 

Hidup ni tak pernah lari dari pengalaman...pengalaman yang banyak mengajar kita erti sebuah kehidupan. adakalanya aku takut untuk mencuba kerana aku risau aku tak mampu untuk melakukan yang terbaik...tapi aku masih ingin menimba pengalaman walaupun adakalanya terdapat pelbagai persepsi. kita menerima persepsi berlainan dari setiap orang dan kita tak kan mampu untuk mengikut semua persepsi tu...apa yang aku mahukan adalah pengalaman yang dapat memberikan aku satu nafas baru dalam meniti kehidupan mendatang sebagai bakal pendidik.
Tak lama lagi aku dan kawan-kawan yg lain akan menjadi bakal "usahawan"... tapi di kiosk jerr pon. macam2 cabaran bakal kami tempuhi dengan kesibukan persatuan, kuliah dan exam serta risiko dalam berniaga..namun kita hanya merancang tapi Tuhan yang akan menentukan... aku berharap Allah memberkati perjalanan hidup aku...Aminn. apa yang penting "jangan pernah takut untuk mencuba"