Thursday 11 July 2013

psikolinguistik

namamu seindah khabar...terima kasih aku ucapkan kerana berjaya buat aku STRESS dengan jayanya. mana tak nya 'psiko + linguistik'. bayangkan macam mana minda atau mental dikaitkan dengan linguistik? macam mana sesuatu perkataan tu di akses dalam minda? apa akan berlaku pada sebutan dan pertuturan bila otak kita mengalami kerosakan dibahagian tertentu? macam mana sesuatu perkataan itu dihasilkan menggunakan model tertentu oleh ahli bahasa? pernahkan kamu bayangkan betapa BAHAGIA nya aku belajar subjek ni. ia merupakan satu subjek yang sangat menarik untuk dipelajari TETAPI bagi orang yang belum bersedia dari segi MENTAL dan FIZIKAL sememangnya akan mengundang sesuatu yang tak diundang iaitu STRESS.
dalam PSIKOLINGUISTIK aku tahu apa itu
AFASIA WERNICKE (kerosakan di bahagian wernicke otak yang boleh mengakibatkan gangguan pada sebutan)
AFASIA BROCA (kerosakan pada bahagian broca yang mengakibatkan penutur mengalami masalah dalam bertutur. penutur masih boleh bertutur tetapi sukar untuk difahami)
TIP OF THE TOUNGE (sesuatu yang berada didalam minda tetapi tak dapat dituturkan kerana sudah lama tidak digunakan, situasi ni sering berlaku pada kita bila kita tahu sesuatu benda tu tetapi tak dapat nak ujarkan)
ni je la yang aku ingat sebab dah hampir sebulan aku tinggalkan subjek ni...huhuhu.
aku suka inputnya tapi aku tak tahu kenapa aku STRESS teruk sangat. mungkin sebab banyak sangat aku kena study pasal tajuk ni agaknya. tu yang STRESS lebih sikit dari biasa. kena baca berbelas-belas assignment kawan-kawan tu pun setelah aku skip berbelas2 lagi assingment sebab tajuk sama. tapi tu baru satu pensyarah, tak masuk lagi pensyarah lagi sorang. kena baca pulak semua tajuk tutorial. satu tutorial ada 8 soalan. sepanjang sem tu ada 5 tutorial. 5 x 8 =40 soalan. memang MARVELLOUS aku rasa bila dapat tahu aku kena study semua tu dalam masa seminggu...hahahaha. memang MERVELLOUS sampai otot kat mulut aku ni jadi tengang dan tak mampu lagi nak senyum. jangan takut dengan 'PSIKOLINGUISTIK', kalau nak tahu intipati dan kesannya silalah cuba. kerana namanya seindah khabar yang sememangnya anda jangka.