Friday 18 January 2013

beri aku peluang

aku hanya inginkan satu peluang 
agar aku mampu menggembirakan insan yang aku sayang.
peluang yang sudah lama aku impikan, peluang yang sudah lama aku nantikan
aku mahu mereka bahagia, aku mahu mereka gembira
beri aku peluang
untuk menyelimuti penat lelah mereka agar mereka bisa merasakan bahagia seperti mana insan lain
ayah...insan yang sangat aku sanjung
kerana kelembutan hatinya
kerana kecekalan jiwanya
kerana kekuatan tenaganya
dalam membesarkan aku sehingga dewasa
urat dan kedut tuanya makin kelihatan dan dia tak mungkin sekuat dahulu dalam mencari rezeki
tiada nada yang tinggi dalam marahnya
jarang perkataan tidak dan jangan bila aku meminta
akan sedaya ditunaikan demi seorang anak tercinta kerana mungkin akulah satu-satu harapannya
namun aku sebagai anak lebih bersyukur kerana
betapa bertuahnya aku memiliki seorang ayah yang lembut hatinya
ma...insan yang sangat aku kagum
kerana semangatnya
kerana kecekapannya
kerana kemampuanya
dalam mengatur hidup sebuah keluarga agar kami bisa hidup selesa
airmata yang menitis bisa membuatkan aku turut terguris
adakalanya nadanya selalu tinggi namun demi kebaikan semua
namun...dalam nada yang diluahkannya ada terselit rasa kasih yang memberikan aku kesedaran betapa aku menghargai adanya seorang ibu seperti dia.
besarnya pengorbanan mereka mungkin tak mampu aku balas
namun...aku memohon pada ALLAH agar beri aku peluang untuk membahagiakan mereka
beri aku peluang untuk menunaikan permintaan mereka walaupun langkah aku masih jauh
tapi...aku mengharapkan sebuah peluang agar apa yang aku impikan akan jadi kenyataan.
semoga ALLAH sentiasa melindungi ma & ayah aku
 semoga ALLAH memberi aku peluang untuk membalas jasa mereka. Aminnn.

Thursday 10 January 2013

mungkin...

ayat ape yang sesuai nak sambung selepas MUNGKIN???
macam2 ayat yang kita boleh MATCH dgn tajuk aku hari ni
mungkin AKU bajet hot
mungkin AKU perasan
mungkin AKUcemburu
mungkin AKU jiwang
tapi.... tajuk aku tak ada kaitan dengan sesiapa
bukan niat nak mencarut
bukan niat nak meminta belas
apatah lagi nak membangga diri
jadi...sila pastikan stereng kereta anda dlm keadaan yg betul sebelum membelok ke sekeloh tajam supaya perjalanan kita selamat...IN SHA ALLAH...huhuhu... ^,^
aku saje je nak stretching jari aku kat sini sebab tiba-tiba pulak nak buat hal kat sini
nak feeling2 sikit sebab selalunya aku akan feeling dekat FACEBOOK pada waktu 12 tengah malam ke atas "ala-ala cinderella" gitu tapi aku dah jarang dah nak buat status jiwang2 kat situ  sebab jap ag ada yang MENYAMPAH pulak kan...walaupun ramai yang LIKE (bbblllwuueeeerrrkkk...muntah hijau)
so, kalau aku nak jiwang pun aku guna satu perkataan je macam tajuk aku hari ni
MUNGKIN...amacam...cool tak??? (tetiba)
kembali kepada tajuk kita tadi (tajuk aku)  apa yang aku nak cerita pasal MUNGKIN ni ye???
dah lama aku pendam perasaan ni...ceeewahhh...tak de lah...baru sat2 je aku terfeeling 
Dalam hidup kita ni ada banyak kejadian, ada banyak kekeliruan dan ada banyak perkara yang menjadi persoalan kepada kita sehingga kejadian, kekeliruan dan persoalan itu membawa kita kepada kemungkinan yang merubah persepsi, cara dan hidup kita. betul tak? percaya tak?...kalau tak percaya terpulang. tak ade masalah (bak kata kawan aku...hihihihi)
bila aku tengok orang disekililing aku, sikap mereka terhadap aku, percakapan mereka dan sebagainya memberikan aku pelbagai persoalan yang tak mampu aku jawab walaupun dengan bantuan pak cik GOOGLE. aku selalu fikir mungkin aku ada silap kat mana-mana kot, mungkin aku ni cakap kasar sangat, mungkin aku ni terlebih dalam bergurau, mungkin aku ni selalu sangat tak puas hati, mungkin aku banyak sangat komplen...dalam banyak2 kemungkinan yang menjadi persoalan aku mesti ada yang betul disitu. cuma aku yang tidak dapat kesan semua tu.
mungkin banyak salah dan silap aku yang aku sendiri tak tahu. adakalanya aku terlanjur dalam berkata, tersilap dalam perbuatan, tersalah dalam melakukan apa2 saja...tapi aku juga manusia biasa yang tak mungkin dapat bebas dari melakukan kesilapan walaupun berkali-kali aku cuba mengelak agar tiada siapa pun yang terluka...tapi aku tak mampu...(maafkan aku pada siapa yang terluka kerana aku)
isk---isk---isk--- (sambil lap air mata huhuhu)
adakalanya dalam sehari kita kena bermuhasabah diri (bukan bermunasabah diri ye) supaya kita dapat menilai dimana yang kurang dan dimana yang terlebihnya kita supaya orang disekeliling kita terjaga perasaannya...ni peringatan untuk diri aku sendiri...:P
kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi...!!!!

Friday 4 January 2013

berakhirnya coretan kisah kami

Disini coretan kisah kami berakhir...coretan yang memberi sejuta makna yang sangat bermakna. kerana disini kami mula mengenal ragam manusia, disini kami mula mengenal lumrah dunia, disini kami mula belajar untuk menghargai manusia, disini kami mula belajar untuk menjadi seorang yang sentiasa bersedia dengan segala-gala. disini adanya BSMMUSM. Disini bermula dan berakhirnya coretan kisah kami.
kami bermula dengan level 100 (ahli biasa) dan berakhir dengan level 200 ( mt exco). skema sangat aiiihhh ayat aku ni ponnnn...

                           
                                                          




 ehemmmm3....ok.sekarang kita tukar channel. sekarang ni aku nk cerita dgn gaya santai sikit, ikut gaya aku...huhuhu. bermula dari level 100 macam-macam yang kami belajar (first aid, disaster relief, test scenario, bandaging relay, mass cooking). ni sume benda yang tak pernah aku jumpa semasa aku belajar kat sekolah dulu sebab aku masuk ko-k len...hihihi. bila datang je USM tup2 dengan paksa relanya kami kena ambik ko-k badan beruniform & dgn sengajanya kami pilih BSMMUSM. mula-mula tu memang sangat terseksa batin dan fizikal aku nihh. mana taknya mak cik oii tiap2 pagi sabtu kena jalan kaki dari kayangan (hostel yang jauh diatas bukit) untuk perjumpaan ko-k. semput kotttt... pendek kata nak menghabiskan dua tahun memang banyak cabarannya...semasa level 100 ni la aku belajar segala macam dan mengikuti segala projek yang diatur. walaupun penat dan terseksa zahir dan batin time tu, aku hepi sebab setiap detik yang aku lalui bersama BSM beri aku pengalaman yang tak terhingga.


abis level 100, aku kena sambung level 200 pulakkk. kalau aku tak nak sampai berguling-guling sekali pun memang aku kena nak jugak sebab tu syarat yg USM tetapkan utk grad...huuuurrrmmmm. level 200 ni lain plk cerita dia. level 200 aku jd MT/EXCO. ingat senang nk jd exco??? entah berapa kali temuduga... last-last bila AGM, aku dgn rumate aku sekali menang tanpa bertanding. mau nya x menang tanpa bertanding...sape yang nak pegang jawatan komanden n penolong komanden (melalak je tiap2 kali perjumpaan)
yg pompuan tu "aku"...yg laki tu komanden "aku"
                     
ni projek pertama kami...ari pendaftaran pelajar baru
yang ni selepas AGM...(level 200)



   
 bila jd mt/exco lagi macam2 benda aku kena belajar, macam2 benda aku kena tahu. tapi sume tu bukan rugi ponn. bermanfaat lagi ada la. tapi level 200 ni bagi aku lg banyak kenangan terutama dalam kalangan mt/exco. dari tak rapat sampai la rapat, kami belajar sume benda sama-sama, kami buat sume benda sama-sama, kami selesaikan sume masalah sama-sama, kami menangsi dan ketawa sama-sama. aku suka saat ni...

ni time kursus kepimpinan utk mt/exco baru
yg ni plk men radio buruk...hihihihi

                                 

ari interaksi...
annual kem


tshirt MT/EXCO kami...kenangan kottt....
khidmat masyarakat...bukti kami buat keje sama2



ni pulak dinner kami...
GLAMOUROUS NITE youuuuu....

kenangan terakhir kami bersama BSMMUSM

bila ingat balik kenangan ni, sweet sangat walaupun korang x rasa apa2 yg sweet pn kannn...tapi aku yg alami jadi aku tahu apa yang aku rasa. makin lama hubungan kami sume makin rapat.
kini kami tinggalkan BSMMUSM dengan sejuta cerita dan kenangan...kami dah jadi "mantan"...huhuhuhu
love u ollllssss MT/EXCO BSMMUSM sidang 2011/2012... <3