Monday 30 September 2013

HaT!...

hhmmmm...sebut je pasal hati macam2 duk bermain dalam kepala aku ni. hati kita dah lalui macam2 dugaan sekejap sedih, sekejap gembira, sekejap menangis pastu gembira balik. luka parah pastu sembuh balik... benda ni dah memang lumrah dalam hidup kitadan hati kita memang kena terima permainan kita. seksa tak seksa, bahagia tak bahagia kena terima seadanya.

hati kita ni...bila happy, bila bahagia je mesti buat kita senyum sampai ke telinga. kita akan kongsikan kebahagiaan kita dengan orang-orang sekeliling yang kita rasa memberi makna dalam hidup kita. tapi adakalanya ada tabiat kita yang buat orang 'touching' walaupun kita sedang bergembira. bukan bermaksud mereka tak tumpang gembira dengan kegembiraan kita tapi kita yang terlupa untuk menghargai dan mengingati mereka bila kita bahagia. sape tak sentap dooo...maunya sentap ke lubuk jantung. ( mungkin aku pun ada jugak tabiat macam ni cuma sama ada aku perasan atau tak perasan je la ).

hati kita ni...bila sedih, bila ada masalah je mesti buat bibir kita ni muncung sampai boleh ikat dengan getah rambut (melampau sangat perumpamaan pon). orang sekeliling pun kita tak hirau dah...orang senyum sampai nak terkoyak bibir pun kita buat derkkk je dgn mulut muncung. kadang2 bila sedih kita akan bawa perasaan tu sehingga mengganggu emosi orang lain. sehingga buat orang lain rasa macam dia pulak yang buat salah sampai kita masam mencuka. sat g dia org kalut dk fikir 'aku ada buat salah ape kt dia?', 'knp dia msm dgn aku?"...haaa...sudahhh. tak pasal2 kwn tu duk stress pkir benda yang xde kaitan dgn dia. aku tak kata aku sempurna sebab aku pun memang akan ada buat perangai buruk macam ni.bila hati dah stabil balik baru perasan kita buat perangai cam ni. pastu mula la duk rasa bersalah.

bila kita gembira kita akan ingat orang yang kita sayang
bila kita sedih pun kita akan ingat orang yang kita sayang
tapi tak bermakna mereka juga sayang kita seperti kita sayang mereka
mungkin ada mereka, mereka dan mereka yang kita rasa sayang kita like2 je
sebenarnya sayang kita lebih dari yang kita jangka.
bila gembira jangan sesekali lupa mereka yang pernah sedih bersama kita walaupun pada dasarnya mereka tak tahu bahawa kita sedang bersedih. namun, mata takkan mampu menipu bila bibir tak lagi mampu bersuara dan tersenyum seperti selalu.

No comments:

Post a Comment