untuk apa?
keselesaan?
kesenangan?
kebahagiaan?
kita sendiri tak dapat nak merungkai setiap persoalan yang timbul disebalik pencarian 'sebuah kesempurnaan'. memang betul tak salah nak cari kesempurnaan demi kebaikan hidup kita. namun, persoalannya disini, adakah kita sudah betul-betul sempurna untuk mencari kesempurnaan itu? apakah relevannya kalut mencari kesempurnaan sedangkan kita sendiri belum tentu sempurna. tidak mustahil untuk mencari kesempurnaan namun semestinya sukar kerana tiada siapa yang sempurna di dunia ini kecuali dimata dan penilaian manusia itu sendiri.
apa hak kita nak menilai seseorang itu sempurna ataupun tidak? apa hak kita nak merendah-rendahkan orang yang nampak tak sempurna dimata kita semata-mata kerana kita lebih baik dimata dunia.