cikgu
kau bukan lagi sebatang
lilin
yang menerangi
kegelapan
sehingga membakar
diri sendiri
kau adalah embun pagi
embun yang sentiasa
hadir disaat hilangnya mentari
embun yang hadir
disaat malam mula memunculkan diri
embun yang terus setia
menemani bulan hingga ke pagi
dan kau beransur pergi
disaat mentari kembali
terima kasih cikgu
kerana sentiasa
bersama aku disaat aku mula buntu
kerana sentiasa
membimbing aku disaat aku mula jemu
kerana sentiasa
membawa aku ke ladang-ladang ilmu
yang tak pernah aku
ketemu
terima kasih cikgu
kerana kau masih
setia menanti
kerana kau masih mahu
memberi
kerana kau masih
teguh berdiri
disisi muridmu untuk
menabur bakti
benar kata usman
awang
“guru...kaulah
pemberi paling setia”
Kerana kau tak pernah
jemu dalam memberi ilmu
Kerana kau tak pernah
jemu mendidik muridmu
Kerana kau tetap
disitu demi amanah yang satu
Terima kasih cikgu
Tanpamu siapalah aku
Aku terpaksa
berpaling pergi meninggalkanmu
Demi mencari selautan
ilmu di bumi Allah yang satu
Tapi percayalah
Budi dan jasamu masih
tersimpan kemas dihati
Bagiku...kau bukan
lilin yang membakar diri sendiri
Tetapi embun pagi
yang sentiasa setia menemani
Dan menyenangkan hati
Terima kasih cikgu!!!