Sunday 25 November 2012

mencari

mencari???
apa yang kita cari dalam hidup
kemewahan?
kebahagiaan?
persahabatan?
percintaan???
banyak perkara yang kita perlukan dalam hidup ini
namun tak semua dapat kita penuhi
cinta???
tak semua mampu memiliki cinta
kecuali cinta dari Ilahi
cinta manusiawi belum tentu dapat kita cari
dan belum tentu dapat kita miliki
kenapa?
adakalanya kita sendiri tidak pasti sebabnya
mungkinkah kita yang masih banyak kurangnya
ada benarnya
tapi bukankah tak semua orang sempurna
ketidaksempurnaan yang adakalanya bisa membawa bahagia
adakalanya kita penat dalam 'mencari'
mencari sesuatu yang kita sendiri tidak pasti
kata orang tak perlu mencari CINTA
kerana jodoh sudah ditentukan olehNya
namun...
tidakkah pernah terdetik rasa cemburu dihati kita
kerana kebahagiaan mereka disekeliling kita
bukan cemburu kerana mereka bahagia
tapi cemburu kerana mereka sudah berjaya
dalam mencari sebuah cinta
mencari itu perlu
tapi jangan terlalu terburu-buru

No comments:

Post a Comment