Friday 23 November 2012

bosan

adakalanya kita bosan dengan apa yg kita buat dlm hidup
segala yg kita buat tak memberikan kepuasan yang kita impikan
tapi setiap perkara yg membosankan yg pernah kita buat merupakan sebuah pengalaman yang tak pernah kita fikirkan

adakalanya kita bosan dalam mencari nilai sebuah persahabatan
kenapa?
kerana tak semua kawan boleh digelar sahabat
tak semua kawan mampu menjadi kawan yang hebat bersama kita
tak semua kawan mampu menjaga kita sepertimana kita menjaga mereka
namun ingatlah
tanpa kawan tiadalah sahabat   

adakalanya kita bosan dalam mencari sebuah cinta
kenapa?
kerana cinta yang kita hulurkan tak pernah bersambut
kerana cinta yang kita hulurkan tak pernah dihargai
kerana cinta kita seringkali berakhir dengan airmata
namun tahukah kita
tanpa cinta matilah rasa  

adakalanya kita bosan dalam mengejar dunia yang sementara
kenapa?
kerana kita tahu hidup ini hanya untuk seketika
kerana kita tahu kita semakin terleka dengan perubahan dunia
kerana kita makin hanyut dibuai masa 
namun sedarkah kita
dunia bukan segala-galanya
jangan terleka dengan khayalan dunia
sehingga terlupa janji diakhirat sana.   

No comments:

Post a Comment