Monday 26 November 2012

siapa saja pernah terluka

bila kita bicarakan tentang luka
sudah pasti ramai yang akan berkongsi cerita
perkataan luka takkan pernah lari dari diari hidup kita
setiap perjalanan hidup kita pasti akan ditemani luka
pernahkah kita terluka kerana orang yang kita sayang??
keluarga??
kawan??
kekasih??
namun...
setiap luka tersebut akan membawa kesan yang berbeza
sejauhmana kita terluka dengan keluarga?
pastinya ia tidak akan lama
kerana air yang dicincang tidak akan pernah putus
walau kita menidakkannya
percayalah...
sejauhmana pun kita terluka
masih ada sedetik rasa yang akan menghubungkan kita kepada mereka
kerana kasih dan sayang sebuah keluarga
sejauhmana kita akan terluka dengan kawan?
kawan merupakan peneman kita dalam setiap perjalanan
mereka yang akan mengiringi kita dalam setiap aturan langkah
namun...adakalanya kita terluka kerana mereka
tanpa mereka sedar
demi kawan dan demi sayang 
kita biarkan sahaja luka itu tersimpan jauh disudut hati
kerana kita tahu tanpa kawan 
tiadalah teman yang akan bersama kita mengiringi langkah dalam meniti kehidupan
sejauhmanakah kita terluka dengan kekasih?
semestinya hanya seketika
jika sayang kita melebihi segala-galanya
namun...sedarkah kita?
adakalanya kita tidak perlu terlalu memberi muka
sehingga kita ditipu tanpa diduga
namun...janganlah kita terlalu mengada-ngada
sehingga terluka dengan perkara yang tidak sepatutnya
kerana cinta akan membawa penawar dalam hati yang terluka
semua orang yang pernah meniti alam dewasa
mesti akan melalui saat-saat terluka
kerana kita takkan selalunya bahagia
adakalanya kita perlu menghargai nilai sebuah luka 
agar kita tahu tingginya nilai sebuah bahagia

No comments:

Post a Comment