Friday 18 January 2013

beri aku peluang

aku hanya inginkan satu peluang 
agar aku mampu menggembirakan insan yang aku sayang.
peluang yang sudah lama aku impikan, peluang yang sudah lama aku nantikan
aku mahu mereka bahagia, aku mahu mereka gembira
beri aku peluang
untuk menyelimuti penat lelah mereka agar mereka bisa merasakan bahagia seperti mana insan lain
ayah...insan yang sangat aku sanjung
kerana kelembutan hatinya
kerana kecekalan jiwanya
kerana kekuatan tenaganya
dalam membesarkan aku sehingga dewasa
urat dan kedut tuanya makin kelihatan dan dia tak mungkin sekuat dahulu dalam mencari rezeki
tiada nada yang tinggi dalam marahnya
jarang perkataan tidak dan jangan bila aku meminta
akan sedaya ditunaikan demi seorang anak tercinta kerana mungkin akulah satu-satu harapannya
namun aku sebagai anak lebih bersyukur kerana
betapa bertuahnya aku memiliki seorang ayah yang lembut hatinya
ma...insan yang sangat aku kagum
kerana semangatnya
kerana kecekapannya
kerana kemampuanya
dalam mengatur hidup sebuah keluarga agar kami bisa hidup selesa
airmata yang menitis bisa membuatkan aku turut terguris
adakalanya nadanya selalu tinggi namun demi kebaikan semua
namun...dalam nada yang diluahkannya ada terselit rasa kasih yang memberikan aku kesedaran betapa aku menghargai adanya seorang ibu seperti dia.
besarnya pengorbanan mereka mungkin tak mampu aku balas
namun...aku memohon pada ALLAH agar beri aku peluang untuk membahagiakan mereka
beri aku peluang untuk menunaikan permintaan mereka walaupun langkah aku masih jauh
tapi...aku mengharapkan sebuah peluang agar apa yang aku impikan akan jadi kenyataan.
semoga ALLAH sentiasa melindungi ma & ayah aku
 semoga ALLAH memberi aku peluang untuk membalas jasa mereka. Aminnn.

No comments:

Post a Comment