Thursday 6 December 2012

semantik cinta

hallooo...
hari ni kita belajar tentang semantik (makna)
tapi semantik bukan sebarangan semantik
semantik tentang cinta
semantik leksikal yang bisa membawa sejuta makna
yang tak kita jangka
dalam semantik leksikal adanya
sinonimi
antonimi
hiponimi
meronimi
polisemi
apa akan terjadi jika kita kaitkan
semantik tersebut didalam istilah cinta???
sinonimi...makna sama
apa akan jadi jika dia yang kita cinta
tidak pernah serius dalam cinta
dan menganggap semuanya biasa-biasa saja
dan dia katakan cinta kepada semua insan yang dia jumpa
antonimi...suatu yang berlawanan
apa akan jadi jika dia yang kita anggap baik
tak mampu menjaga kita
menjadi orang yang tak pernah kita jangka?
hiponimi...mempunyai hierarki (himpun)
apa akan jadi jika dia mempunyai insan lain
selain kita yang sedia ada disisinya?
meronimi...sub bahagian wajib
apa akan jadi jika kita tidak boleh hidup tanpa dia
tapi dia masih boleh hidup tanpa kita?
dia sebahagian daripada kita tapi kita bukan sebahagian daripada dia
polisemi...sebutan yang sama tapi makna berbeza
apa akan jadi bila dia mengungkapkan kata sayang
tetapi sayangnya bukan kerana cinta
tapi nilai rasa yang berbeza...
percayalah...dalam setiap kisah cinta yang kita lalui
boleh kita kaitkan dengan semantik leksikal
bagi yang mengerti tak sukar untuk memahami...
walaupun aku sendiri masih tercari-cari makna disebalik makna
yang kadangkala sukar untuk kita ungkap dengan kata-kata

No comments:

Post a Comment