Tuesday 6 March 2012

cinta

alangkah indahnya bila bercinta
disaat kita mula mendambakan bahagia
keindahannya memberikan kita sejuta rasa
yang hanya mampu dirasa oleh kita dan dia
berkongsi kasih dan sayang bersama dia yang tercinta
memori indah yang tercipta
tersemat indah di jiwa
manisnya cinta bila gembira
indahnya cinta bila bahagia
CINTA UMPAMA COKLAT...MAMPU CAIR JIKA TERLEKA
telusnya cinta bila tiada dusta
tiada istilah duka bila dilamun cinta

namun...
bila sekali cinta mula berdusta
tak siapa mampu menjangka
akibat yang bakal menjelma
tiada lagi manis bila gembira
tiada lagi indah bila bahagia
cinta mula bertukar duka
sayang mula bertukar derita

cinta...
ada indah ada bahagia
ada duka ada derita
kerana cinta itu sememangnya
ketawa dan airmata
tiada cinta yang mampu hadir tanpa airmata
airmata menjadi saksi cinta yang terbina
sama ada utuh atau sebaliknya
semuanya adalah kerana CINTA

No comments:

Post a Comment