Saturday 23 March 2013

bicara buat cikgu


cikgu
kau bukan lagi sebatang lilin
yang menerangi kegelapan
sehingga membakar diri sendiri
kau adalah embun pagi
embun yang sentiasa hadir disaat hilangnya mentari
embun yang hadir disaat malam mula memunculkan diri
embun yang terus setia menemani bulan hingga ke pagi
dan kau beransur pergi disaat mentari kembali
terima kasih cikgu
kerana sentiasa bersama aku disaat aku mula buntu
kerana sentiasa membimbing aku disaat aku mula jemu
kerana sentiasa membawa aku ke ladang-ladang ilmu
yang tak pernah aku ketemu
terima kasih cikgu
kerana kau masih setia menanti
kerana kau masih mahu memberi
kerana kau masih teguh berdiri
disisi muridmu untuk menabur bakti
benar kata usman awang
“guru...kaulah pemberi paling setia”
Kerana kau tak pernah jemu dalam memberi ilmu
Kerana kau tak pernah jemu mendidik muridmu
Kerana kau tetap disitu demi amanah yang satu
Terima kasih cikgu
Tanpamu siapalah aku
Aku terpaksa berpaling pergi meninggalkanmu
Demi mencari selautan ilmu di bumi Allah yang satu
Tapi percayalah
Budi dan jasamu masih tersimpan kemas dihati
Bagiku...kau bukan lilin yang membakar diri sendiri
Tetapi embun pagi yang sentiasa setia menemani
Dan menyenangkan hati
Terima kasih cikgu!!!

No comments:

Post a Comment